Sabtu, 23 Juli 2011

LUPUS

Tubuh memiliki kekebalan untuk menyerang penyakit dan menjaga tetap sehat. Namun, apa jadinya jika kekebalan tubuh justru menyerang organ tubuh yang sehat. Penyakit Lupus diduga berkaitan dengan sistem imunologi yang berlebih.  Penyakit ini tergolong misterius. Para dokter kadang bingung mendiagnosis penyakit ini. Namanya sedikit unik, LUPUS. Lupus dalam bahasa Latin berarti "anjing hutan".  Istilah ini mulai dikenal sekitar satu abad lalu. Awalnya, penderita penyakit ini dikira mempunyai kelainan kulit, berupa kemerahan di sekitar hidung dan pipi.  Bercak-bercak merah di bagian wajah dan lengan, panas dan rasa lelah berkepanjangan, rambutnya rontok, persendian kerap bengkak dan timbul sariawan.  Penyakit ini tidak hanya menyerang kulit, tetapi juga dapat menyerang hampir seluruh organ yang ada di dalam tubuh. 


Gejala-gejala penyakit dikenal sebagai Lupus Eritomatosus Sistemik (LES) alias Lupus. Eritomatosus artinya kemerahan.  Sedangkan sistemik bermakna menyebar luas keberbagai organ tubuh. Istilahnya disebut LES atau Lupus.   

Masih awam 
Jumlah penderita Lupus ini tidak terlalu banyak. Menurut data pustaka, di Amerika Serikat ditemukan 14,6 sampai 50,8 per 100.000. Di Indonesia bisa dijumpai sekitar 50.000 penderitanya. Sedangkan di RS Ciptomangunkusumo Jakarta, dari 71 kasus yang ditangani sejak awal 1991 sampai akhir 1996, 1 dari 23 penderitanya adalah laki-laki.  Penyakit Lupus masih sangat awam bagi masyarakat. 

Setelah diteliti penyebab Lupus karena faktor keturunan dan lingkungan.  Penyakit ini justru diderita wanita usia produktif sampai usia 50 tahun.  Namun begitu, ada juga pria yang mengalaminya.  Ahli menduga penyakit ini berhubungan dengan hormon estrogen.  Karena Lupus menyerang wanita subur, kerap menimbulkan berbagai aspek kesehatan.  Misalnya hubungan dengan  kehamilan yang menyebabkan  abortus, gangguan perkembangan janin atau pun bayi meninggal  saat lahir.  Namun, hal ini bisa saja terjadi sebaliknya. Artinya, justru kehamilan bisa memperburuk gejala Lupus. Sering dijumpai gejala Lupus muncul sewaktu hamil atau setelah melahirkan. 

Otoimun  
Lupus merupakan penyakit yang menyerang perubahan sistem kekebalan perorangan, yang sampai kini belum diketahui penyebabnya. Penyakit ini muncul akibat kelainan fungsi sistem kekebalan tubuh.  Dalam tubuh seseorang terdapat antibodi yang berfungsi menyerang sumber penyakit yang akan masuk dalam tubuh. Uniknya, penyakit Lupus ini antibodi yang terbentuk dalam tubuh muncul berlebihan.  Hasilnya, antibodi justru menyerang sel-sel jaringan organ tubuh yang sehat.  Kelainan ini disebut autoimunitas.  Antibodi yang berlebihan ini, bisa masuk ke seluruh jaringan dengan dua cara yaitu :
Pertama, antibodi aneh ini bisa langsung menyerang jaringan sel tubuh, seperti pada sel-sel darah merah yang menyebabkan selnya akan hancur.  Inilah yang mengakibatkan penderitanya kekurangan sel darah merah atau anemia. 
Kedua, antibodi bisa bergabung dengan antigen (zat perangsang pembentukan antibodi), membentuk ikatan yang disebut kompleks imun.  Gabungan antibodi dan antigen mengalir bersama darah, sampai tersangkut di pembuluh darah kapiler akan menimbulkan peradangan.  Dalam keadaan normal, kompleks ini akan dibatasi oleh sel-sel radang (fagosit).  Tetapi, dalam keadaan abnormal,  kompleks ini tidak dapat dibatasi dengan baik.  Malah sel-sel radang tadi bertambah banyak sambil mengeluarkan enzim, yang menimbulkan peradangan di sekitar kompleks.  Hasilnya, proses peradangan akan berkepanjangan dan akan merusak organ tubuh dan mengganggu fungsinya. Selanjutnya, hal ini akan terlihat sebagai gejala penyakit.  Kalau hal ini terjadi, maka dalam jangka panjang fungsi organ  tubuh akan terganggu.  
Umumnya  penderita   Lupus   mengalami gejala seperti; kulit yang mudah gosong akibat sinar matahari serta timbulnya gangguan pencernaan.  Gejala umumnya penderita sering merasa lemah, kelelahan yang berlebihan, demam dan pegal-pegal.   Gejala ini terutama didapatkan pada masa aktif, sedangkan pada masa remisi (nonaktif) menghilang. Pada kulit, akan muncul ruam merah yang membentang di kedua pipi, mirip kupu-kupu. Kadang disebut  (butterfly rash). Namun ruam merah menyerupai  cakram bisa muncul di kulit seluruh tubuh, menonjol dan kadang-kadang bersisik. 

  Melihat banyaknya gejala penyakit ini, maka wanita yang sudah terserang dua atau lebih gejala saja, harus dicurigai mengidap  Lupus.  Untuk sembuh total dari penyakit ini, tampaknya sulit. Dokter lebih berfokus pada pengobatan yang sifatnya sementara.Lebih difokuskan untuk mencegah meluasnya penyakit dan tidak menyerang organ vital tubuh.
http://nusaindah.tripod.com/sle.htm

















Apr 23, 2005
SLE-PENYAKIT YANG TIADA PENAWARNYA

Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )

Apa itu Lupus?
Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE). 

Apakah Penyebab Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) 
Sehingga kini faktor yang merangsangkan sistem pertahanan diri untuk menjadi tidak normal belum diketahui. Ada kemungkinan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet, dan ubat-ubatan tertentu memainkan peranan. Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) ini lebih kerap ditemui di kalangan kaum wanita. Ini membayangkan bahawa hormon yang terdapat pada wanita memainkan peranan besar, walaubagaimanapun perkaitan antara Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan hormon wanita masih dalam kajian. 
Penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) bukanlah suatu penyakit keturunan. Walau bagaimanapun, mewarisi gabungan gen tertentu meningkatkan lagi risiko seseorang itu mengidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE). 

Gejala-gejala Lupus. 
Diskoid Lupus. Ruam di muka, kepala dan anggota-anggota lain badan.Diskoid Lupus kelihatan merah dan timbul di pinggiran ruam. Ia biasanya tidak sakit atau gatal. Ruam ini pulih dengan meninggalkan parut. Diskoid Lupus tidak serious dan jarang sekali melarat melibatkan orgon-organ lain. 

Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS ) 
Kemerahan di muka terutamanya di pipi dan batang hidung, yang berbentuk rama-rama.  Ulser di dalam mulut, Keguguran rambut, Demam berpanjangan, Sensitif terhadap pancaran matahari. Pesakit mudah mengalami kemerahan atau ruam di bahagian badan yang terdedah kepada pancaran matahari seperti muka dan tangan. Radang (inflamasi) organ dalaman akan menimbulkan bermacam-macam tanda bergantung kepada organ yang terlibat. Contohnya, inflamasi otak boleh menyebabkan pesakit berasa sakit kepala, sawan, atau berkelakuan aneh seperti pesakit mental.  Penglibatan buah pinggang pula boleh menyebabkan bengkak kaki dan pengeluaran protin yang berlebihan dalam air kencing. Jika berlarutan tanpa dirawat, Sistemik Lupus Erythematosus boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Tidak semestinya semua gejala-gejala ini berlaku di kalangan pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) pada satu-satu masa. Oleh itu penampilan penyakit ini boleh berbeza antara satu pesakit dengan yang lain bergantung kepada gabungan (kombinasi) organ dan gejala-gejala yang terlibat. 

Rawatan 
Rawatan-rawatan yang ada sekarang bertujuan untuk mengawal gejala-gejala dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh penglibatan organ-organ dalaman.  Pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengalami gejala-gejala ringan atau tidak serious tidak perlu ubat-ubatan tetapi memandai dengan ubat anti keradangan / (anti-inflamasi) untuk jangkamasa singkat sahaja. Jika organ-organ dalaman yang terlibat, ubat-ubatan seperti steroid atau gabungan bersama ubat immunosuppression adalah diperlukan. 

Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) dan wanita 
Memandangkan Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) lazim ditemui di kalangan wanita, masalah kehamilan selalu dipersoalkan. Antara masalah-masalah yang boleh dihadapi ialah :
1. Risiko keguguran kandungan, terutama di peringkat awal atau akhir mengandung. 
2. Komplikasi lain semasa mengandung, Penyakit lupus menjadi aktif semula semasa mengandung.  Risiko mengidap darah tinggi, kencing manis dan komplikasi buah pinggang adalah tinggi. 
Oleh itu pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) wanita adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat sebelum mengandung. Pesakit-pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang mengandung pula perlu membuat pemeriksaan antenatal yang kerap dan digalakkan supaya melahirkan anak di hospital. 

Bagaimana pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengelak penyakit ini menjadi aktif. 
Mengenal gejala-gejala Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) yang menandakan penyakit menjadi aktif semula supaya rawatan dapat diubahsuaikan diperingkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk. Mengelakkan banyak terdedah kepada pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan memakai baju berlengan panjang, berpayung, bertopi, dan juga memakai sunscreen. Mengelakkan daripada putus ubat terutamanya steroida tanpa nasihat doktor yang merawat. Perlu mengikuti rawatan lanjutan di klinik-klinik yang mengubati pesakit-pesakit SLE. 
Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) adalah suatu penyakit yang boleh membabitkan pelbagai anggota badan, dan berpotensi menyebabkan penyakit yang serious. Walaubagaimanapun, kebanyakan pesakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) boleh mengecapi kehidupan normal seperti orang lain. Kunci kejayaan ini bergantung kepada interaksi pesakit dan doktor yang merawat dan pemahaman terhadap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE). 

Rujukan : "Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE / LUPUS )", 2003, Unit Rheumatologi Jabatan Perubatan Dan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang. 
Testimoni Pengguna 
Kini sudah hampir 4 tahun saya mengalami penyakit SLE. Mungkin anda semua pernah mendengar ataupun disebaliknya. Masih berulang alik ke HUKM 2 bulan sekali untuk dipantau penyakit ini. Seringkali juga saya bertanya DR. apakah penyakit ini tiada penawar jawapannya "tiada".Kalau nak ceritakan masalah penyakit ini panjang.. Selepas hari raya tahun lalu saya telah mengalami sakit perut yang teramat sakit tak boleh tidur , jumpa Dr., sakit tidak juga reda bermacam-macam kaedah saya lakukan. Kesudahannya kawan sepejabat mengesyorkan pengambilan "NUFERA" ..tak sabar2 saya mencarinya akhirnya saya dapat membeli 2 botol pada 17/2 yg lalu. Sudah 3 hari saya amalkanya..insyallah ada terasa berkurangan sedikit..saya pasti akan mengamalkanya.
Sekian, terima kasih.
"d_putra98" 
abol98@hotmail.com
http://nufera-vco.blogdrive.com/

Photobucket